Boria
yang popular di Pulau Pinang boleh dikatakan sebagai salah satu
bentuk
teater dan mulai bertapak sejak pertengahan abad ke-19 atau
antara
tahun 1845 dan 1874. Kesenian ini dikatakan berasal daripada
cabang
kesenian Parsi. Boria dibawa ke negeri tersebut oleh pedagang- pedagang berketurunan
India yang menganut agama Islam.
Persembahan
boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan
nyanyian.
Nyanyian boria yang diketuai oleh seorang tukang karang
biasanya
akan memegang sebatang tongkat penunjuk ketika menyanyi
sambil
menari. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang
tukang
karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama
nyanyian
tukang karang untuk menegaskan lagi lirik boria berunsur
nasihat
dalam bentuk jenaka.
Menurut
ahli kumpulan boria bahawa alat-alat muzik yang
digunakan
semasa persembahan boria juga telah berubah mengikut
peredaran
masa. Namun begitu, penggunaan alat-alat muzik seperti
violin,
marwas, gendang panjang, akordian, harmonika secara umumnya
masih
dikekalkan.
Boria
sentiasa mempunyai tempat dalam masyarakat dahulu dan
sekarang.
Persembahan boria bukan sahaja untuk masyarakat di Pulau
Pinang
malahan tersebar luas di negeri-negeri lain terutamanya di utara
Semenanjung
Malaysia. Kini kita ketahui bahawa boria mula merentas
sempadan
etnik kerana bukan sahaja diminati oleh orang Melayu tetapi
juga etnik
lain yang terdapat di Malaysia.